Tuesday, July 21, 2009

Amaran Berlakunya Tsunami dan Gempa Bumi di Sabah


1 Penyebaran e-mail mengenai jangkaan berlakunya gempa bumi dan tsunami pada 22 Julai 2009 telah tersebar luas sejak bulan Mac 2009. JMM telah mengeluarkan kenyataan akhbar menjelaskan isu ini pada 8 April 2009. Rakyat Malaysia diminta tidak perlu bimbang mengenai perkara tersebut.

Tiada Kaitan Korelasi Gempa Bumi Besar Dan Gerhana Matahari

2) Berdasarkan rekod kejadian gempa bumi terdahulu, didapati tiada korelasi saintifik antara kejadian gempa bumi dengan gerhana matahari. Contohnya, semasa kejadian gerhana matahari pada 1 Ogos 2008, tiada gempa bumi bermagnitud besar direkodkan berlaku pada tarikh tersebut.

Merujuk kenyataan

Prof. Kerry Sieh, seorang seismologi terkenal dari Amerika Syarikat yang sekarang bertugas di Singapura, beliau telah melaporkan dalam Channel News Asia pada April 2009, iaitu sejak 110 tahun yang lalu, terdapat 85 kejadian gempa bumi bermagnitud besar. Namun, hanya dua daripada gempa bumi tersebut berlaku pada masa yang sama dengan kejadian gerhana matahari. Itu pun ianya berlaku padamasa gerhana separa, bukannya gerhana penuh. Disamping itu, dua gempa bumi tersebut berlaku di tempat yang bukannya berlaku gerhana.

Kajian Gempa Bumi Dan Risiko Tsunami Di Malaysia

3) Risiko Malaysia kepada gempa bumi dan tsunami telah diketahui. Akademi Sains Malaysia, MOSTI telah menyelia satu kajian yang komprehensif tentang risiko gempa bumi dan tsunami di Malaysia yang dilaksanakan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan Geosains, UPM, USM, dan UTM. Kajian ini telah siap sepenuhnya pada Januari 2009. Pada masa yang sama JMM juga telah menganjurkan dua International Roundtable Dialogue on Earthquake and Tsunami Risks in Southeast Asia, South China Sea and Western Pacific Marginal Seas Region. Kajian ASM dan roundtable dialogue tersebut juga mendapati bahawa

subduction zone Taiwan-Filipina di perairan barat adalah bersaiz kecil berbanding dengan subduction zone di perairan sepanjang timur Sumatera. Mengikut pandangan ahli eismologi dan berdasarkan rekod terdahulu, gempa bumi yang berkemungkinan berlaku di kawasan subduction zone Taiwan-Filipina hanya boleh menjana gempa bumi padamagnitud 8.5 pada skala Ritcher (worst case scenario).

Rekod terdahulu menunjukkan bahawa gempa bumi yang berlaku di kawasan subduction zone Taiwan-Filipina hanya hampir mencapai magnitude 8.0 pada skala Ritcher. Perbezaan 1.0 magnitud pada skala Ritcher akan mengakibatkan kekuatan 10 kali ganda.

Model Numerikal Tinggi Ombak Dan Masa Tiba Jika Tsunami Berlaku

4) Merujuk kepada model numerikal, sekiranya gempa bumi berskala8.5 Ritcher berlaku di subduction zone Taiwan-Filipina (worst case scenario) dan tsunami boleh terjadi, ombak yang bakal sampai di perairan Sabah adalah kurang dari1.0 meter dalam tempoh masa antara3 – 4 jam selepas kejadian gempa bumi berlaku. Keadaan pelantar benua di Laut China Selatan yang cetek akan memperlahankan pergerakan ombak tsunami di samping menyerap tenaga yang dihasilkan oleh tsunami tersebut sebelum sampai ke perairan Malaysia. Kemungkinan gempa bumi berskala 8.5 Ritcher berlaku di subduction zone Taiwan-Filipina (worst case scenario) dan tsunami boleh terjadi adalah kecil.

5)Keadaan ini juga adalah berbeza dengan keadaan semasa gempa bumi kuat 9.3 pada skala Ritcher di perairan barat Sumatera pada 26 Disember 2004 yang menghasilkan ombak tsunami rentas sempadan yang ombaknya sampai di pantai barat laut Semenanjung Malaysia iaitu pada ketinggian 2 - 3 meter, dan pecahan ombak mencapai 8 meter . Pada masa tersebut juga, Malaysia dan semua Negara di rantau Lautan Hindi tidak mempunyai sistem amaran awal tsunami yangd apat memberikan maklumat awal tentang kejadian tsunami tersebut.

6) Dalam kes sekiranya gempa bumi kuat yang mencetuskan tsunami berlaku di subduction zone perairan timur Filipina, kepulauan Filipina akan menghalang Malaysia daripada menerima kesan terus daripada tsunami tersebut. Risiko tsunami adalah lebih rendah berbanding sekiranya gempa bumi bermagnitud sama berlaku di subduction zone Taiwan-Filipina. Daripada model numerikal, kesan tsunami ini hanya boleh mengancam selatan Sabah dan tinggi ombaknya adalah kurang dari 0.5 meter.

Sistem Amaran Awal Tsunami

7) Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia dan rangkaian amaran awal tsunami antarabangsa (Pacific Tsunami Warning Center (PTWC) di Hawaii dan Japan Meteorological Agency (JMA) di Tokyo) pada masa ini adalah cukup bersedia untuk mengeluarkan amaran awal jika tsunami berlaku. JMM juga mempunyai hubungan terus dengan PTWC dan JMA bagi meningkatkan keupayaan SAATNM. Berbanding semasa gempa bumi kuat di perairan barat Sumatera yang menghasilkan tsunami rentas sempadan pada 26 Disember 2004, pada masa tersebut Malaysia tidak mempunyai sebarang system amaran awal bagi mengesan tsunami. Pada masa tersebut juga, rangkaian antarabangsa bagi memantau tsunami di rantau ini adalah juga tidak mantap dan bersedia. Rangkaian pemonitoran tsunami juga telah dimantapkan lagi oleh komuniti antarabangsa. Pada masa ini, PTWC dan JMA telah mengambil tanggungjawab untuk mengeluarkan amaran awal tsunami di perairan Laut China Selatan dan Pasifik Barat dengan lebih cepat dan tepat.

Latihamal Antarabangsa

8) JMM juga telah terlibat sama dengan latihamal persediaan menghadapi tsunami yang telah dijalankan oleh badan antarabangsa iaituUNESCO Intergovernmental Oceanic ommission. Latihamal pertama pada Mei 2006 iaitu Pasific Wave 2006 telah melibatkan peringkat komuniti di Tuaran, Sabah. Manakala latihamal kedua pada Oktober 2008

Iaitu Pasific Wave 2008 melibatkan persediaan komunikasi dan menilai tahap kecekapannya yang melibatkan tiga agensi iaitu JMM, MKN danRTM.

Kempen Kesedaran Awam Di Sabah Dan Sarawak

9) Bagi meningkatkan tahap kesedaran pihak awam di kawasan yang berisiko, JMM bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melaksanakan kempen kesedaran awam di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak. Pada 2007, kempen kesedaran awam tentang gempa bumi dan tsunami telah diadakan di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad datu, Semporna dan Tawau di Sabah. Pada 2008, kempen yang sama telah diadakan di Ranau, Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah, dan di Kuching, Miri dan Bintulu di Sarawak. Pada bulan Jun 2009, JMM telah juga telah melaksanakan kempen kesedaran awam bagi penduduk yang tinggal disekitar siren tsunami iaitu di Tawau, Semporna dan Sandakan di Sabah. Pada tahun 2009 juga, JMM bersama-sama MKN sekali lagi telah merancang program kempen kesedaran awam ditiga lokasi di Sabah dan empat lokasi di Sarawak mulai Julai 2009.

Kesediaan Agensi-Agensi Menghadapi Tsunami

10) JMM telah mengadakan mesyuarat bersama-sama MKN, Polis DiRaja Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat dalam menangani bencana tsunami pada akhir 1 Julai 2009 bagi mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya secara coincident gempa bumi kuat yang menghasilkan tsunami berlaku dalam tempoh gerhana matahari tersebut. Ini menunjukkan agensi-agensi yang terbabit dengan pengurusan risiko bencana tsunami sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana tsunami.

11) JMM akan memantau dengan rapi kejadian gempa bumi di rantau ini dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan rakyat Malaysia jika sesuatu gempa bumi kuat yang boleh mencetuskan tsunami berlaku. Oleh itu, semua rakyat Malaysia diminta bertenang dan tidak risau mengenai jangkaan tsunami akan berlaku pada 22 Julai 2009.

di sunting : Oleh Farock from JMM

rujukan

Malaysian Meteorological Department - Home

Artikel Terkait



0 comments:

Post a Comment