Saturday, January 24, 2009

Teka Teki Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai



Tahun Baru Cina Datang lagi, semestinya mereka yang berbangsa cina tengah sibuk sekarang nie. Bagi mereka yang berbangsa melayu pula, peluang cuti 2 hari di manfaatkan utk balikke kampung. kalau aku plak,, tiap lakli tahun baru cina mengenangkan kisah zaman sekolah di SMK Tawau. kisahnya bila gue di masukkan kedalam kelas MAJORITI CINA hanya 7 orang jer lelaki melayu. hampir pekak gue sekelas dengan dorang tu. Budak Cina nie klu becerita mcm beteriak,, & kuat memaki "linsi" "ngalin" "cipet" etc,, Nasib ler aku wat keputusan bijak berpindah keSekolah di S.M Teknik Tawau klu tak,, Kompom pekak!. miss U All. skang baru aku sedar, kenapa Cikgu masukkan aku ke dalam kelas MAJORITI CINA?? Untuk mengurangkan Kenakalan ku, mengurangkan komuniti GENG.. ahhahah lawak,,, Miss u all myprend, wong teck yun ( ajar aku sifir cina), ou sok li (awek), lee chi peng, ko pi vun, lee lee peng, chen, etc... dah lupa.

k lah nie ada teka teki yang gue pikir sendiri n selalu gunakannya utk memecahkan keboringan. teka teki nie ada kaitan juga dengan tahun baru cina so boleh la la post di sini.

-banyak-banyak binatang,,, Binatang apa yang makan setahun sekali
-banyak-banyak binatang, binatang apa yang boleh makan sawi dan kertas sahaja.
-Binatang apa yang boleh memanjat tangga.
-Binatang apa yang ada dua kemaluan..
-banyak-banyak teka-teki,, teka teki apa yang berpantang, tak boleh di gunakan klu musim tahun baru cina..


di bawah plak teka teki yang pernah bermain di pikian gue berkaitan tahun baru cina.

Teka TekiHukum Merayakan Tahun Baru Cina Di Malaysia.
Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita

nie plak jawapan dari mesin pacik google Soal Jawab JAKIM

Teka Teki asal usul Tahun Baru cina

Menurut lagenda, Nian mempunyai mulut yang sangat besar, dan mampu menelan ramai manusia dengan satu gigitan. Manusia pada waktu itu sangat takut akan raksasa Nian ini. Pada satu hari, kebun buluh yang berdekatan kampung orang-orang cina terbakar. Buluh-buluh yang terbakar itu meletup dan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat seperti mercun. Ini telah menakutkan Nian lalu ia tidak berani untuk pergi brdekatan dengan kampung itu. Orang-orang tua juga telah berpesan agar orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru, dikhuatiri Nian akan mengganas semula. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau raksasa itu.

Begitulah lagenda yang dipercayai oleh masyarakat Cina. Amalan bermain mercun dan menggantung kertas merah masih diteruskan hingga hari ini, walaupun ada di antara masyarakat muda-mudi Cina tidak tahu tujuan sebenar amal tersebut dilakukan. Mereka hanya beranggapan bahawa amalan tersebut cuma akan menceriakan lagi sambutan tahun baru


Teka Teki Bahasa Cina
maksud bahasa cina yang sering di gunakan pada tahun baru cina
Gong Xi Fa Cai (bahasa Mandarin), Kung Hei Fat Choi (bahasa Kanton), Kiong Hi Huat Cai (bahasa Hokkian)
"Gong Xi" adalah "Untuk Harapan" dan "Fa Cai" - "Untuk Kemakmuran"
Wan Shi Ru Yi’ bermaksud segala urusan berjalan lancar.


Teka Teki 15 hari

Pada Hari Pertama bulan baru dirayakan kedatangan dari dewa-dewa(i) Surga dan Bumi. Beberapa masyarakat memulai puasa makan daging karena dipercaya akan memberikan umur panjang dan kehidupan yang bahagia.

Hari Kedua, masyarakat berdoa kepada leluhur mereka dan juga kepada dewa-dewa(i). Memberi makan lebih kepada anjing-anjing peliharaan yang juga dipercaya hari kedua ini adalah hari lahir semua anjing di dunia.

Hari Ketiga dan Keempat, dikhususkan untuk bakti dari menantu kepada mertua.

Hari Kelima, disebut juga Po Woo. Pada hari ini masyarakat berdiam diri dirumah untuk menyambut kedatangan Dewa Kekayaan. Mereka tidak berkunjung ke sanak saudara karena dipercaya akan memberikan nasib buruk.

Hari Ke-enam, Masyarakat mengunjungi teman dan rekan-rekannya secara bebas, mereka juga berkunjung ke kuil-kuil untuk berdoa bagi kesejahteraan dan kesehatan.

Hari Ketujuh, Hari bagi para petani untuk memamerkan produknya. Para petani membuat minuman dari 7 jenis sayuran untuk merayakan. Hari ketujuh juga dipercaya sebagai hari lahir manusia. Mie wajib dimakan untuk panjang umur dan ikan untuk kesuksesan.

Hari Kedelapan, pada larut malam masyarakat berdoa khusus bagi Tian Gong, Dewa Surga.

Hari Kesembilan, adalah hari permintaan kepada Raja Giok (Jade Emperor)

Hari Kesepuluh - Keduabelas, adalah kunjungan makan malam ke rumah teman dan rekan-rekan.

Setelah dipenuhi dengan makanan lezat, pada Hari Ketigabelas kamu harus membersihkan diri dengan makanan sederhana dan Choi Sum.

Hari Keempat Belas, persiapan khusus untuk perayaan Festival Lampion untuk hari Kelimabelas.

Teka Teki Pantang Larang Tahun Baru Cina
Setiap bangsa & Agama Mempunyai Pantang Larang tersendiri, Klu dalam Islam Kita di Haramkan berpuasa Pada 1 syawal. Bagi Kaum Cina Pula

  • Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
  • Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa maalng kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
  • Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi "rambut" sama bunyinya dengan "hasil". Maka "menggunting rambut" juga dipandang sebagai "memotong hasil" dalam baahsa Kantonis.
  • Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
  • Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
  • Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
  • Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "hilang".
  • Pantang-larang sewaktu perayaan
  • Membuka pintu dan tingkap dianggap 'menjemput masuk' tuah pada tahun baru.
  • Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menhalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
  • Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
  • Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
  • Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
  • Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud 'memijak' orang yang bergosip tentang pemakainya.
Teka Teki Lembu

MENURUT zodiak Cina, lembu adalah simbol kekuatan, keazaman serta tidak pernah berputus asa dalam mencapai sesuatu matlamat.

Mereka yang dilahirkan pada tahun itu dikatakan mempunyai pendirian teguh serta boleh diharap. Malah, ketibaan tahun lembu dianggap sebagai satu tanda perubahan, kemajuan dan tenaga positif.


Sebenarnya banyak lagi.. adat & Tradisi bangsa cina di Tahun Baru Cina nie klu nak tau lebih lanjut bleh la tanya PACIK google. K thankz.. Knowladge its free.....

Sebagai tanda hormat gue nak ucap Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang Berbangsa Cina di Malaysia, dan kepada yang lain, selamat bercuti. 26 & 27 hb Jan 2009 masa untuk menghabiskan Duit gaji. hehehe... pueh hati 2 hari beb....

Artikel Terkait



1 comments:

Anonymous said...

met tahun baru cina jg dech bwt smwny....

Post a Comment