Sunday, December 7, 2008
Selamat Hari Raya Aidil Adha 08 Dec 2008 / 09 Zulhijah 1429
...... setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November.
''Oleh yang demikian Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Isnin, 8 Disember,'' ...
Salam, Eidul Adha buat pembaca atau pengunjung blog gue yang baru nie. Semoga Aidil Adha kali ini dapat menguatkan ikatan Ukhwah sesama kita dan mendekatkan diri Pada Yang ESA.
Masih tersirat di lipatan hatiku, Untuk mengorbankan lembu di raya Qurban. Semuanya bermula masa aku tamat pengajian 3 tahun yang lalu, ATUK gue yang hanya PEKERJA ESTATE, ia mampu untuk menunaikan ke lima-lima rukun Islam. huh! :-). Respect dekat atuk... Korang doakan la gue ek.. :-).
OK.. bebeh... Selamat Menyambut Aidil Adha, erm Tak salah kiranya GUe di kesempatan ini gue NAk Minta Maaf Zahir N Batin dengan kalian. Esok jangan lupa sembhayang raya di Masjid dan jangan lupa buat satu posting Untuk AIDIL adha di blog masing-masing.
*sok sembhyang di Masjid Al-Kauthar (masjid bandar Tawau)
Labels:
Aslan Was Here,
Tawau
Friday, December 5, 2008
Cari PC Games Untuk "Anak Buah" 2-5 Tahun
(sekadar video hiasan)
Setiap kali mengalihkan pungung gue dari depan LAPTOP, anak buah gue akan bergegas menggantikan tempat itu, mecapai mouse sambil menggerak-gerakkannya dengan matanya tertumpu di layar monitor. "Hek~~ ele.. macam tau... jak e-in (nama anak buah ) nie" kataku . tiap kali ku melihat tingkah lakunya bermain dengan mouse. TErcetuslah idea di kepala Otak gue untuk mendidikanak buah sulung ku itu agar CELIK komputer di usia 4 tahun. Biar dia bleh Ikut jejak langkah Paciknya ULAT PC. GAMES!! adalah langkah pertamaku untuk mendekatkannya dengan Komputer....
ok la di sini ada beberapa link Game On-line untuk mereka yang berumur 2-5tahun (ibu bapa). klu korang ada info lagi, nak tambah LiNK di bawah amatlah di hargai terutamanya games berunsurkan pembelajaran.
http://y8.com
http://www.ferryhalim.com/orisinal/
http://myscene.everythinggirl.com/games/games.aspx
Labels:
Aslan Do It,
internet
Thursday, December 4, 2008
Jenayah Cyber
JENAYAH tidak hanya berlaku di alam nyata sebaliknya dalam perkembangan teknologi maklumat yang semakin pantas dan sentiasa berubah setiap masa ia dapat berlaku hanya dengan menaip di papan kekunci komputer.
Bagaimanapun ramai pengguna komputer tidak tahu bagaimana mendapat maklumat atau perlindungan sekiranya berlaku sesuatu mencurigakan seperti pencerobohan ke atas komputer, laman web atau emel.
Pertama kali diperkenalkan pada 1997 dan dikenali sebagai Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCert) di bawah kendalian MIMOS Berhad (MIMOS) bertujuan mengawal selia pengguna internet di Malaysia.
Bagaimanapun, pada 24 Januari 1998 MyCERT diberi peranan yang lebih luas dan dijadikan sebagai National ICT Security and Emergency Response Centre (NISER) untuk mengawal ICT negara.
NISER dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 10 April 2001. NISER kemudian dikeluarkan dari MIMOS dan dijadikan entiti berasingan dan dikenali sebagai CyberSecurity Malaysia pada Mac 2007.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri, berkata agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu akan menjadi pusat rujukan pakar keselamatan siber kepada mana-mana agensi kerajaan lain dan syarikat swasta, termasuk orang perseorangan bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan keselamatan dan pencegahan jenayah di alam siber.
“CyberSecurity Malaysia beroperasi sebagai syarikat kerajaan bukan berlandaskan keuntungan dan berada di kawalselia MOSTI.
“Agensi ini juga bukan badan penguatkuasa, sebaliknya agensi teknikal yang boleh membantu pengguna internet menangani ancaman siber serta memberi khidmat nasihat dan bertindak sebagai biro aduan awam bagi pengguna internet.
“CyberSecurity Malaysia adalah agensi teknikal dan menjadi biro pengaduan kepada pengguna dalam menyelesaikan masalah keselamatan internet di Malaysia,’ katanya.
CyberSecurity Malaysia ialah pusat koordinasi setempat untuk keselamatan pengguna siber kebangsaan dan ditubuhkan dengan objektif untuk melindungi, membimbing, promosi di samping merangka strategi dalam menangani isu keselamatan siber di Malaysia.
Peranan CyberSecurity Malaysia membabitkan pencegahan jenayah di samping mempromosikan standard dan pengalaman terbaik keselamatan maklumat, membantu mangsa jenayah siber, juruperunding kepada Kerajaan dan mengurangkan pencerobohan ke atas sistem dan rangkaian teknologi maklumat di Malaysia.
Menerusi CyberSecurity Malaysia lima perkhidmatan diperkenalkan kepada orang ramai iaitu ‘Cyber999 atau Tindakbalas Kecemasan Komputer’, ‘Forensik Siber’, ‘Jaminan Keselamatan Maklumat’, ‘Pengurusan Keselamatan Maklumat ’ dan ‘Latihan dan Pembudayaan”.
Orang ramai yang berdepan dengan masalah keselamatan siber boleh mendapatkan khidmat daripada CyberSecurity yang beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang hari Isnin hingga Jumaat. CyberSecurity Malaysia juga membuka komunikasi kecemasan 24 jam melalui emel, sms dan telefon.
Khidmat percuma ketika kecemasan diberikan dan orang ramai boleh menghubungi CyberSecurity Malaysia di alamat Level 7, Sapura@Mines, 7 Jalan Tasik, The Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor atau hubungi talian 03-89926888, faks 03-03-89453250, emelkan ke info@cybersecurity.org.my atau lawati laman web www.cybersecurity.org.my
Oleh Haryani Ngah
Undergoing MyBlogLog Verification
Labels:
celana-sempak,
hack
Subscribe to:
Posts (Atom)