Showing posts with label cakar belakang. Show all posts
Showing posts with label cakar belakang. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

Kajian undang-undang siber siap - Najib



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian ke atas peruntukan undang-undang siber sedia ada telah siap dan ia akan membantu kerajaan menangani aktiviti tidak bermoral dan salah di sisi undang-undang dalam Internet.

Menurut Perdana Menteri, kajian tersebut menumpukan kepada langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan yang dikesan sekali gus memperkukuhkan undang-undang sedia ada.

"Adalah diharapkan kajian yang baru siap ini akan membantu kerajaan meningkatkan peruntukan dan polisi undang-undang bagi menangani aktiviti-aktiviti haram dan tidak bermoral dalam persekitaran siber," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili serta Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

Najib memberitahu, kewujudan Internet menyebabkan ancaman siber menjadi satu isu yang memerlukan perhatian amat serius.

Bagaimanapun, beliau menambah, usaha untuk mengatasi permasalahan itu tidak semudah disangka berikutan pelbagai cabaran yang dikenal pasti.

"Antaranya ketanpanamaan, kuasa rentas sempadan dan pengumpulan bukti bagi kes-kes salah laku yang melibatkan keselamatan siber ini," ujarnya.

Selain itu, katanya, masyarakat juga perlu diberi kesedaran dan pendedahan berkenaan bahaya ancaman siber terhadap kepentingan awam dan kedaulatan negara. sumber


undang-undang ini di tujukan untuk pembangkang?
PEMERINTAH kita dah semakin PRIHATIN dengan apa yang berlaku di alam MAYA Syabas dan Tahniah di ucapkan. Selapas ini pastinya ada penulis blog yang akan di HERET dan di DAKWA di Mahkamah. bg aku, GOV MAHU Rakyat di sajikan dengan blog-blog penjilat sabhaj, bg membantu mereka utk MENYENBUNYIKAN KEKOBROKAN MEMENANGI HATI RAKYAT. aku dah bosan.. dgn TV1,TV2 dab blog yg di bayar untuk menjilat...

Sunday, May 10, 2009

Bacalah Ibu misali


"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada,
bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan
Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan
dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang
dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan
saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan
tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah
dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka,
adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk
sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,
khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai
pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak,
di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan
merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk
menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada
orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu
Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai
banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak
tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada
rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak
dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak
masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima
anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi
setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.

Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana
mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah
ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan
ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda
yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang comel,
segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya
kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai
salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan
mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan
mak." "Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku
sendiri.. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi
kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran
cahaya kamera rakan semejaku.

Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa
mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian
wartawan-wartanan lain.

Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat
skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.' Terdengar
pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian
yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak
sunyi dari ombak dan badai.

Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi
oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan
anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah
Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya
melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya
menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia
terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang
mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau
menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,
seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke
pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah
hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.

--
 IBU MISALI OLEH NORHASHIMAH HASHIM
(Dewan Sastera Mei 2000)


Sunday, February 8, 2009

Raja Adil Raja DiSembah, Raja Zalim Raja DiSanggah

Isu pertukaran kuasa di negeri Perak jadi isu utama di semua stesen TV Malaysia. aku tidak ORGASM dengan laporan TV, aku pun cuba lihat! apa yang sebenarnya berlaku di negeri PERAK memlalui internet.

video ihsan www.malaysiakini.com

TV3 nie makin banyak membohong!! laporannya x tepat, stesen nie dah di beli BN kot?
-Laporan Buletin utama menunjukkan hanya dlm 15 orang jer yang buat bantahan di jalan masuk istana.

edit 12.02.09
*semalam tengok Buletin utama lagi- erm, TV3 dah tunjukkan keadaan sebenar bantahan yang berlaku di sana. -syabas! TV3

RAKYAT MALAYSIA semakin GANAS!!
Korang baca nie buku komen PEJABAT DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

sedihnya, apa dah jadi MALAYSIA? POLITIK dah memecah belahkan MeLAYU? mana hilangnya 5 prinsip rukun negara?

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

huh,, apa nak di kata!