Selamat Tahun BAru Kalander yunani...
Saturday, January 2, 2010
Monday, December 14, 2009
Petani dan pekebun kecil di Pulau Sebatik Tawau Kecewa
TAWAU, 8 Dis (Bernama) -- Petani dan pekebun kecil di Pulau Sebatik kecewa dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan menyediakan jeti pendaratan sehingga menyukarkan mereka memasarkan hasil pertanian mereka ke Tawau. Jurucakap golongan petani berkenaan Affendi S. Mohamad berkata keadaan itu sudah berlarutan lebih setahun lalu selepas Majlis Perbandaran Tawau (MPT) meminta mereka menjalankan kerja-kerja pemunggahan hasil pertanian dari Batu-Batu ke Log Pond, jarak sejauh tujuh kilometer.
"Sebelum ini kami patuh kepada arahan MPT supaya kami mendaratkan hasil pertanian di Log Pond dan bukannya di Batu-Batu yang terletak dalam kawasan bandar dan telah kami gunakan lebih 30 tahun lalu.
"Kami patuh kerana menyokong kempen MPT untuk mengindah dan menjaga kebersihan bandar Tawau.
"Bagaimanapun, kami kecewa kerana MPT tidak menyediakan jeti pendaratan sehingga ada antara kami terpaksa memanjat tebing sambil memikul barangan ketika membuat kerja pemunggahan dari dalam bot atau perahu," katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya ketika arahan perpindahan dikeluarkan, MPT memberi jaminan akan menyediakan kemudahan pendaratan selesa namun selepas setahun keadaan masih tidak berubah malah lebih menyedihkan.
Affendi berkata setiap hari tidak kurang daripada 30 bot atau perahu yang membawa keluaran hasil pertanian dari Pulau Sebatik tiba di Log Pond sama ada untuk dipasarkan terus atau untuk dihantar ke kilang untuk diproses.
Katanya sebelum ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bermurah hati membenarkan petani mendaratkan hasil pertanian di jeti LKIM berhampiran namun jeti berkenaan kini ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian.
Keadaan berkenaan, katanya, memaksa petani memohon jasa baik nelayan kecil di Log Pond untuk dibenarkan menggunakan jeti mereka untuk memunggah barangan dari bot atau perahu setiap hari.
dr;Bernama.com
Thursday, October 1, 2009
KURSUS PENGURUSAN FARDHU KIFAYAH PENGURUSAN JENAZAH
Pada 24 Mei yg lalu saya mengikuti kursus pengurusan jenazah, yang di senggelarakan oleh KAFA TAWAU dan Kolej Komuniti TAWAU. HUH! mantap la kursus nie, boleh jg gua memantapkan lagi ILMU-ilmu ALAM MAYA.
OBJEKTIF
* Memberi kefahaman dan pengetahuan tentang pengurusan jenazah secara menyeluruh
* Memberi kemahiran secara amali tentang menguruskan jenazah sehingga kepada pengurusan tanah kubur
* Membina kesedaran terhadap pentingnya kewajipan fardhu kifayah kepada orang ramai
KANDUNGAN
* Pengertian Fardhu Kifayah
* Pengertian Solat Jenazah
* Pengurusan jenazah dari awal hingga akhir
* Tatacara solat jenazah
Rukun, Syarat Wajib dan syarat sah.
* Pengurusan tanah kubur secara sistematik
* Latihan Amali
INIlah sijil yg patik baru dapat dari KKT. dan wat post nie
pelbagai isi di bangkitkan semasa kursus tu, di antaranya. ANTARA ADAT dengan RUKUN JENAZAH.
Thursday, September 24, 2009
kad raya, banner raya, Kartu raya, Lebaran Raya, Ramdhan Shadowblank
Friday, September 18, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Cuti Umum 16 september bagi SABAH

ADA pihak berhujah bahawa Hari Kebangsaan negara ini sepatutnya 16 September kerana pada tarikh itu, Malaysia ditubuhkan. Ada pula pihak yang menyatakan bahawa apa salahnya 31 Ogos disambut sebagai Hari Kemerdekaan bagi seluruh Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah walaupun kedua-dua negeri itu merdeka pada 16 September.
Ini kerana seperti di Amerika Syarikat tidak semua negeri-negerinya mencapai kemerdekaan pada hari yang sama. Tarikh 4 Julai bagi kemerdekaan AS adalah untuk seluruh negara itu sedangkan hakikatnya hanya 13 negeri daripada 52 AS yang mencapai kemerdekaan pada tarikh itu. Negeri-negeri lain mencapai kemerdekaan pada tarikh-tarikh dan tahun-tahun kemudian.
Begitu juga dengan Indonesia yang mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 tetapi pada waktu itu tidak semua wilayah di negara itu yang dapat mencapainya.
Papua yang merdeka kemudian untuk menyertai Indonesia. Maka tidak menjadi persoalan sekiranya Hari Kemerdekaan bagi seluruh Malaysia terus kekal pada 31 Ogos kerana ia merupakan amalan sejagat.Ada pula mencadangkan supaya kedua-dua hari itu dirayakan dengan Hari Kemerdekaan untuk seluruh Malaysia pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.
Anwar Ibrahim mencadangkan perayaan kemerdekaan dimulakan pada 31 Ogos dan sampai kemuncaknya pada 16 September, dengan kedua-dua hari itu diisytiharkan sebagai hari cuti umum.
Sebenarnya untuk beberapa tahun lamanya, Malaysia telah merayakan bulan kemerdekaan. Tetapi tidak bagi tahun ini.
Perayaan bulan kemerdekaan itu bermula pada 17 Ogos hingga 16 September dengan 31 Ogos di tengah-tengahnya sebagai hari kemuncak. Tarikh 17 Ogos dipilih sebagai hari permulaan perayaan kemerdekaan kerana untuk mencukupkan sebulan sampai pada tarikh 16 September.
Tetapi kebetulan pula 17 Ogos adalah tarikh Hari Kemerdekaan Indonesia. Tarikh 17 Ogos pernah diraikan oleh nasionalis-nasionalis Melayu di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan dahulu.
Ini kerana dalam perjuangannya nasionalis-nasionalis Melayu baik dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum perang mahupun Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam kerangka percantuman dengan Indonesia.
Revolusi Indonesia menjadi inspirasi bagi nasionalis-nasionalis Melayu dan penubuhan PKMM itu bermodelkan kepada Partai Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Sukarno. Tetapi hakikatnya pada detik-detik Jepun menyerah diri, rancangan pimpinan KMM yang diketuai oleh Ibrahim Yaacob adalah untuk mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu serentak dengan Indonesia dengan menjadikannya sebahagian daripada negara itu.
Untuk itu, pejuang-pejuang nasionalis yang bersenjata mendapat latihan dari pihak Jepun bagi menghalang kembalinya penjajah Inggeris dan Belanda ke Nusantara di bawah pasukan Pembela Tanah Air (PETA). Untuk menyelaraskan perkara ini satu pertemuan antara Ibrahim Taacob dan Sukarno berlangsung di Taiping sekembalinya pemimpin Indonesia itu dari Jepun yang sedang berkira-kira untuk berundur dari Nusantara.
Namun begitu, apabila Jepun secara tiba-tiba menyerah kalah ekoran pengguguran bom atom, pemuda-pemuda KMM dalam PETA tidak bersedia untuk mengambil alih, sebaliknya mereka menjadi buruan Bintang Tiga atas tuduhan menajdi tali barut Jepun. Jadi apabila Sukarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, Tanah Melayu dikuasai oleh Bintang Tiga sebelum Pentadbiran Tentera British (BMA) datang mengambil alih bagi meneruskan penjajahan Inggeris.
Bintang Tiga adalah nama panggilan Tentera Malaya Anti-Jepun (MPAJA), sebuah sayap tentera Parti Komunis Malaya (PKM).
Lambang Bintang Tiga itu adalah untuk mewakili tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Namun PKM yang ditubuhkan di Kuala Pilah pada tahun 1930 didominasi oleh kaum Cina kerana pada asalnya ia pun adalah Parti Komunis Nanyang yang merupakan sayap kiri Parti Nasionalis China (Kuomintang). Tetapi di Tanah Melayu, tanpa penyertaan orang Melayu, tidak ada parti politik yang boleh berjaya.
Untuk itu seorang ahli Parti Komunis Indonesa, Mokhtaruddin Lasso mengusahakan penubuhan PKMM. Dari awal, PKMM dan pejuang-pejuang nasionalis kiri Melayu menyambut 17 Ogos sebagai hari kemerdekaan dan aspirasi yang hendak dicapai mereka untuk Tanah Melayu. Ketika itu, orang Cina di Tanah Melayu akan menyambut 10 Berganda atau Double Ten, 10 Oktober iaitu Hari Kebangsaan China bagi meraikan penubuhan Republik China pimpinan Sun Yat Sen.
Kaum India di Tanah Melayu pula meraikan Hari Kemerdekaan India pada 10 Ogos. Seorang pejuang kemerdekaan India yang pro-Jepun, Chandra Bose adalah popular di kalangan nasionalis kiri Melayu hinggakan salah seorangnya, Abdullah Thani Raja Kecil mengambil namanya untuk dijadikan nama perjuangannya, Ahmad Boestamam daripada Boes dan Tamam, seorang lagi pejuang nasionalis Indonesia.
Sebelum merdeka di Tanah Melayu, hari kebesaran yang disambut adalah hari-hari keputeraan sultan dan raja masing-masing di negeri-negeri Melayu. Sementara di negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, hari kebesarannya adalah hari keputeraan raja England.
Akhirnya Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dengan Indonesia menjadi antara negara pertama mengiktirafnya. Tetapi British tidak senang dengan Sukarno yang semakin pro-komunis. Indonesia mula berminat terhadap Sarawak, Brunei dan Sabah yang disifatkannya sebagai Kalimantan Utara.
Bagaimanapun, apa yang dibimbangi British ialah kalau-kalau Singapura jatuh ke tangan komunis dan terus menjejaskan kepentingannya di rantau ini. Singapura mesti diselamatkan dan caranya ialah memerdekakan pulau itu dalam Tanah Melayu. Tetapi Tunku Abdul Rahman bimbang kemasukan Singapura akan mengubah komposisi penduduk negara ini.
Maka cadangannya ialah mencantumkan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah dalam satu entiti. Nama yang dipilih ialah Malaysia. Negara ini lebih besar dan seolah-olah ia menjadi Indonesia kedua, iaitu alternatif kepada Indonesia yang sudah condong ke kiri.
Bagi Sukarno, Malaysia merupakan projek penjajah untuk mengepungnya. Tarikh sasaran bagi penubuhan Malaysia ialah 31 Ogos 1963. Tetapi apabila tarikh itu sampai dan perbincangan tidak selesai, ia ditangguhkan hingga kepada 16 September 1963.
Andai kata dahulu Malaysia ditubuhkan pada 31 Ogos maka tidak ada pertikaian tarikh ini.
Namun Lee Kuan Yew mengisytiharkan Singapura merdeka pada 31 Ogos 1963. Jadi selama dua minggu Singapura menjadi merdeka sebelum bergabung dengan Malaysia.
Seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Singapura menyambut hari kebangsaan pada 31 Ogos pada tahun 1964. Namun pada 9 Ogos 1965, negeri itu dikeluarkan daripada Malaysia dan sejak itu ia menyambut tarikh itu sebaqgai hari kebangsaan.
Tuesday, July 21, 2009
Amaran Berlakunya Tsunami dan Gempa Bumi di Sabah
Tiada Kaitan Korelasi Gempa Bumi Besar Dan Gerhana Matahari
2) Berdasarkan rekod kejadian gempa bumi terdahulu, didapati tiada korelasi saintifik antara kejadian gempa bumi dengan gerhana matahari. Contohnya, semasa kejadian gerhana matahari pada 1 Ogos 2008, tiada gempa bumi bermagnitud besar direkodkan berlaku pada tarikh tersebut.
Merujuk kenyataan
Prof. Kerry Sieh, seorang seismologi terkenal dari Amerika Syarikat yang sekarang bertugas di Singapura, beliau telah melaporkan dalam Channel News Asia pada April 2009, iaitu sejak 110 tahun yang lalu, terdapat 85 kejadian gempa bumi bermagnitud besar. Namun, hanya dua daripada gempa bumi tersebut berlaku pada masa yang sama dengan kejadian gerhana matahari. Itu pun ianya berlaku padamasa gerhana separa, bukannya gerhana penuh. Disamping itu, dua gempa bumi tersebut berlaku di tempat yang bukannya berlaku gerhana.
Kajian Gempa Bumi Dan Risiko Tsunami Di Malaysia

3) Risiko Malaysia kepada gempa bumi dan tsunami telah diketahui. Akademi Sains Malaysia, MOSTI telah menyelia satu kajian yang komprehensif tentang risiko gempa bumi dan tsunami di Malaysia yang dilaksanakan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan Geosains, UPM, USM, dan UTM. Kajian ini telah siap sepenuhnya pada Januari 2009. Pada masa yang sama JMM juga telah menganjurkan dua International Roundtable Dialogue on Earthquake and Tsunami Risks in Southeast Asia, South China Sea and Western Pacific Marginal Seas Region. Kajian ASM dan roundtable dialogue tersebut juga mendapati bahawa
subduction zone Taiwan-Filipina di perairan barat adalah bersaiz kecil berbanding dengan subduction zone di perairan sepanjang timur Sumatera. Mengikut pandangan ahli eismologi dan berdasarkan rekod terdahulu, gempa bumi yang berkemungkinan berlaku di kawasan subduction zone Taiwan-Filipina hanya boleh menjana gempa bumi padamagnitud 8.5 pada skala Ritcher (worst case scenario).
Rekod terdahulu menunjukkan bahawa gempa bumi yang berlaku di kawasan subduction zone Taiwan-Filipina hanya hampir mencapai magnitude 8.0 pada skala Ritcher. Perbezaan 1.0 magnitud pada skala Ritcher akan mengakibatkan kekuatan 10 kali ganda.
Model Numerikal Tinggi Ombak Dan Masa Tiba Jika Tsunami Berlaku
4) Merujuk kepada model numerikal, sekiranya gempa bumi berskala8.5 Ritcher berlaku di subduction zone Taiwan-Filipina (worst case scenario) dan tsunami boleh terjadi, ombak yang bakal sampai di perairan Sabah adalah kurang dari1.0 meter dalam tempoh masa antara3 – 4 jam selepas kejadian gempa bumi berlaku. Keadaan pelantar benua di Laut China Selatan yang cetek akan memperlahankan pergerakan ombak tsunami di samping menyerap tenaga yang dihasilkan oleh tsunami tersebut sebelum sampai ke perairan Malaysia. Kemungkinan gempa bumi berskala 8.5 Ritcher berlaku di subduction zone Taiwan-Filipina (worst case scenario) dan tsunami boleh terjadi adalah kecil.
5)Keadaan ini juga adalah berbeza dengan keadaan semasa gempa bumi kuat 9.3 pada skala Ritcher di perairan barat Sumatera pada 26 Disember 2004 yang menghasilkan ombak tsunami rentas sempadan yang ombaknya sampai di pantai barat laut Semenanjung Malaysia iaitu pada ketinggian 2 - 3 meter, dan pecahan ombak mencapai 8 meter . Pada masa tersebut juga, Malaysia dan semua Negara di rantau Lautan Hindi tidak mempunyai sistem amaran awal tsunami yangd apat memberikan maklumat awal tentang kejadian tsunami tersebut.
Sistem Amaran Awal Tsunami
7) Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia dan rangkaian amaran awal tsunami antarabangsa (Pacific Tsunami Warning Center (PTWC) di Hawaii dan Japan Meteorological Agency (JMA) di Tokyo) pada masa ini adalah cukup bersedia untuk mengeluarkan amaran awal jika tsunami berlaku. JMM juga mempunyai hubungan terus dengan PTWC dan JMA bagi meningkatkan keupayaan SAATNM. Berbanding semasa gempa bumi kuat di perairan barat Sumatera yang menghasilkan tsunami rentas sempadan pada 26 Disember 2004, pada masa tersebut Malaysia tidak mempunyai sebarang system amaran awal bagi mengesan tsunami. Pada masa tersebut juga, rangkaian antarabangsa bagi memantau tsunami di rantau ini adalah juga tidak mantap dan bersedia. Rangkaian pemonitoran tsunami juga telah dimantapkan lagi oleh komuniti antarabangsa. Pada masa ini, PTWC dan JMA telah mengambil tanggungjawab untuk mengeluarkan amaran awal tsunami di perairan Laut China Selatan dan Pasifik Barat dengan lebih cepat dan tepat.
Latihamal Antarabangsa
8) JMM juga telah terlibat sama dengan latihamal persediaan menghadapi tsunami yang telah dijalankan oleh badan antarabangsa iaituUNESCO Intergovernmental Oceanic ommission. Latihamal pertama pada Mei 2006 iaitu Pasific Wave 2006 telah melibatkan peringkat komuniti di Tuaran, Sabah. Manakala latihamal kedua pada Oktober 2008
Iaitu Pasific Wave 2008 melibatkan persediaan komunikasi dan menilai tahap kecekapannya yang melibatkan tiga agensi iaitu JMM, MKN danRTM.
Kempen Kesedaran Awam Di Sabah Dan Sarawak
9) Bagi meningkatkan tahap kesedaran pihak awam di kawasan yang berisiko, JMM bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melaksanakan kempen kesedaran awam di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak. Pada 2007, kempen kesedaran awam tentang gempa bumi dan tsunami telah diadakan di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad datu, Semporna dan Tawau di Sabah. Pada 2008, kempen yang sama telah diadakan di Ranau, Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah, dan di Kuching, Miri dan Bintulu di Sarawak. Pada bulan Jun 2009, JMM telah juga telah melaksanakan kempen kesedaran awam bagi penduduk yang tinggal disekitar siren tsunami iaitu di Tawau, Semporna dan Sandakan di Sabah. Pada tahun 2009 juga, JMM bersama-sama MKN sekali lagi telah merancang program kempen kesedaran awam ditiga lokasi di Sabah dan empat lokasi di Sarawak mulai Julai 2009.
Kesediaan Agensi-Agensi Menghadapi Tsunami
10) JMM telah mengadakan mesyuarat bersama-sama MKN, Polis DiRaja Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat dalam menangani bencana tsunami pada akhir 1 Julai 2009 bagi mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya secara coincident gempa bumi kuat yang menghasilkan tsunami berlaku dalam tempoh gerhana matahari tersebut. Ini menunjukkan agensi-agensi yang terbabit dengan pengurusan risiko bencana tsunami sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana tsunami.
11) JMM akan memantau dengan rapi kejadian gempa bumi di rantau ini dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan rakyat Malaysia jika sesuatu gempa bumi kuat yang boleh mencetuskan tsunami berlaku. Oleh itu, semua rakyat Malaysia diminta bertenang dan tidak risau mengenai jangkaan tsunami akan berlaku pada 22 Julai 2009.
di sunting : Oleh Farock from JMM
rujukan
Monday, July 6, 2009
Riang Ria Hari keluarga 2009




Sunday, June 7, 2009
Wednesday, March 11, 2009
Selamat Menyambut Maulidulrasull
mari kita baca seikit riwayat hidup nabi Junjungan Muhammad S.a.w
NABI Muhammad SAW sebagai rasul terpilih berasal daripada keturunan mulia dan dihormati oleh masyarakat Arab.
Dari segi salasilah, Baginda adalah putera Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Hakim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Annadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.
Adnan pula daripada keturunan Nabi Ismail, putera Nabi Ibrahim.
Bonda Nabi Muhammad ialah Siti Aminah Wahb. Beliau adalah wanita suci yang berasal daripada keturunan mulia.
Kisah mengenainya dinyatakan dalam sebuah hadis, yang bermaksud: "Dan selanjutnya Allah memindahkan aku dari tulang sulbi yang baik, ke dalam rahim yang suci, jernih dan terpelihara. Setiap tulang sulbi itu, bercabang menjadi dua. Aku berada dalam yang terbaik daripada kedua-duanya itu."
Ahli hadis berpendapat, mafhum hadis itu ialah Rasulullah SAW berasal daripada keturunan yang terpuji dan mulia, sama ada di sebelah ibu atau bapa Baginda.
Ibu bapa Aminah, Wahb dan Barrah daripada keturunan terkenal ketika itu. Moyang beliau berketurunan daripada Bani Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Ada riwayat mengatakan mereka berasal daripada keturunan Abdul Manaf bin Quraisy bin Kilab.
Ayahanda Baginda iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib adalah pemuda berbangsa Quraisy yang berbudi pekerti mulia. Bagaimanapun, Baginda tidak sempat menemui ayahandanya kerana Abdullah meninggal dunia ketika Baginda masih dalam kandungan.
Rasulullah SAW dilahirkan di rumah bapa saudaranya, Abu Talib Bin Abdul Mutalib, pada awal pagi hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi.
Beberapa minggu menjelang kelahiran Nabi Muhammad, kota Makkah dikejutkan dengan berita pencerobohan Abrahah, pemerintah Yaman, yang ingin menyerang Makkah untuk menghancurkan Kaabah. Bagaimanapun, sebelum berjaya melaksanakan cita-cita itu, Abrahah dan tenteranya dihancurkan Allah, sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Fil.
Justeru, saat kelahiran Baginda itu juga dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa serangan Abrahah terhadap kota Makkah.
Selepas dilahirkan, bonda Baginda tidak dapat menyusukan baginda dengan baik. Oleh itu, Aminah menyerah Baginda kepada Suwaibah al-Aslamiah untuk disusukan. Selepas itu, Baginda diserahkan pula kepada Halimatus Sa'diah, wanita Bani Sa'ad bin Bakr, untuk disusukan.
Nabi Muhammad SAW hanya dikembalikan kepada Aminah selepas berusia lima tahun. Selepas itu, Aminah bersama Rasulullah berangkat ke Madinah untuk menziarahi makam suaminya, Abdullah.
Dalam perjalanan pulang dari Madinah, iaitu di satu dusun bernama Abwa, Aminah kembali ke Rahmatullah. Sebagai anak yatim, Rasulullah SAW hidup bersama datuk dan bapa saudara Baginda iaitu Abdul Mutalib serta Abu Talib. Abu Talib, seorang pedagang, sentiasa membawa Baginda berniaga di Syam.
Sebagai seorang insan terpilih, Baginda sentiasa mengamalkan sifat terpuji dan sentiasa menampilkan akhlak mulia.
Baginda mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun dengan Khadijah al-Khuwailid.
Nabi Muhammad adalah rasul yang mempunyai darjat yang mulia di sisi Allah. Baginda bersifat maksum yakni terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
Baginda kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi, ketika berusia 63 tahun.
(buat banner Kelas untuk Perarakan Sempena Maulidul Rasul SMK Jambatan PUTIH Tawau Sabah)
Marilah kita bersama berselawat Keatas nabi.
Allah hum ma solli ala Saidina Ya Maulana Muhammad.....Wa ala alihi wa soh bihi wa barik wa sal leem.....
Segala selawat & salam atas junjungan besar Rasulullah s.a.w...
Moga Baginda terus bersama kita semua....
Terkenang daku pada Aktiviti sempena sambutan Maulidul rasul.
Pertandingan Puisi Malam Penghayatan Islam sempena Maulidul Rasul Di Politeknik Kota Kinabalu Sabah Dapat timpt ke-dua,
pernah mengikuti Persembahan Nasyid, juga Pertandingan Pidato.di Sekolah Kebangsaan Bandar 2 Tawau.
Tuesday, March 10, 2009
Friday, January 23, 2009
Iklan Pertandingan Badminton Tertutup Tawau
selaku setiausaha Kelab sukan & reakrasi, gue telah di tugaskan utk buat poster & Promosi pertandingan badminton tertutup peringkat tempat kerja gue. so sy gabungkan ilmu hitam yg gue ada dengan menggunakan software macromedia firewoks membuat poster di atas. Ikut Suka Ati aku jer... la... kan. kebetulan tadi jumpa gambar nie dlm komputer ,, so.. Uploadkan jer la sebagai tanda ingatan...
Pertandingan nie masih berjalan di kompleks Tawau & masa nie peringkat suku akhir.
Iklan ini tidak di bayar siaarannya
Friday, January 9, 2009
Hentikan kebuasan Binatang Israel! Bagai Mana Hendak Membantu??
meBoikot produk Amerika-Israel. dr email dan print out
- Gunakan kuasa beli untuk memboikot barangan pro amerika-israel.
-menyenaraikan semua produk amerika dalam satu newslater dan di edarkan kepada kawan sekerja dan sekampung. (nie gue upload .doc tu)
-klu tak dapay boikot semua barangan Pro israel,, mungkin 3 bendah di bawah dpt membantu.
Demi keamanan & kesejahteraan kemanusiaan sejagat bersatu kita BOIKOT 3 buat permulaan, 3 produk pilihan ( mari-boikot-colgate-coca-cola-starbucks) yang terbukti menyokong dan berkepentingan Yahudi dipilih sebagai produk yang akan diboikot bagi memberi fokus dan memudahkan kita mengukur keberkesanan kempen boikot produk penyokong dan berkepentingan Yahudi bagi menentangi keganasan dan peperangan.
mari HANTAR SMS BOIKOT
hanya type
"Hancur Israel BOIKOT Coca Cola! Hancur Israel BOIKOT Colgate! Hancur Israel BOIKOT Starbuck! Hancur Yahudi BOIKOT McDonald! Hancur Yahudi BOIKOT ROKOK!"
dan sebarkan.
Forward Email
Gue ada dapat email tentang perang di GAZA, kebiadaban & keganasan binatang yahudi dan me forwardnya kepada kengkawan yg lain. Biar mereka semngan utk memboikot Barangan ISrael.
Sembhayang Hajat.
Alhamdulillah, Jumaat bebaru nie, selepas solat jumaat di masjid Babul Khair(tawau). Jemaah bersama-sama Sembahyang hajat bagi memohon bantuan Allah melindungi rakyat Palestine yang tidak berdosa dari terus menjadi mangsa kekejaman Israel.
klick untuk lihat senarai barangan yang bersama membeli senjata untuk membunuh org islam
Aku Insan lemah,, AKu bukan panglima perang, aku bukan pakar Bom dan aku bukannya Staring Hindi. Mungkin anya dengan cara itu jer mampu utk ku lakukan, agar dpt membantu saudara-saudaraku yang sedang bermandi darah di gaza.
mungkin anda juga mampu lakukannya.. di rumah....
Saturday, January 3, 2009
Akaun baru lagi
Sunday, December 7, 2008
Selamat Hari Raya Aidil Adha 08 Dec 2008 / 09 Zulhijah 1429

...... setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November.
''Oleh yang demikian Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Isnin, 8 Disember,'' ...
Salam, Eidul Adha buat pembaca atau pengunjung blog gue yang baru nie. Semoga Aidil Adha kali ini dapat menguatkan ikatan Ukhwah sesama kita dan mendekatkan diri Pada Yang ESA.
Masih tersirat di lipatan hatiku, Untuk mengorbankan lembu di raya Qurban. Semuanya bermula masa aku tamat pengajian 3 tahun yang lalu, ATUK gue yang hanya PEKERJA ESTATE, ia mampu untuk menunaikan ke lima-lima rukun Islam. huh! :-). Respect dekat atuk... Korang doakan la gue ek.. :-).
OK.. bebeh... Selamat Menyambut Aidil Adha, erm Tak salah kiranya GUe di kesempatan ini gue NAk Minta Maaf Zahir N Batin dengan kalian. Esok jangan lupa sembhayang raya di Masjid dan jangan lupa buat satu posting Untuk AIDIL adha di blog masing-masing.
*sok sembhyang di Masjid Al-Kauthar (masjid bandar Tawau)





