Monday, September 7, 2009

Memori Layang-Layang di Pasir Gudang Johor Bharu

memori Layang-layang, pertama kali mendengar taklimat kursus mengatakan Kami akan adakan lawatan ke bukit layang, hUH!! semangat GABAN aku.. .. bleh.. Jungle TRACKING KAt Johor Bharu.. nie. Klu di sabah! sebut jak pasal LAYANG-LAYANG semua akan terbayangkan GUA MADAI, pengeluar utama sarang burung layang-layang. pada Saturday, July 18, 2009, pkul 10.00 pagi bas bertolak dari hotel SELSESA pasir gudang menuju ke bukit layang-layang, Selang 30 min kemudian...


begambar dengan WAU yang setia menunggu kami

pasangan hangat di pasaran,

menerima penerangan oleh sukarela di museum layang-layang

Aku sepatu dan layang-layang


Pada tahun 1995 pertandingan layang-layang di adakan di sini dan diselenggarakan internasional yaitu Pasir Gudang Internasional Kite Festival.
oleh kerana tiada orang main layang-layang masa tu, maka kami melawat ke MESUEM LAYANG-LAYANG, bayaran tiket masuk rm5.00 untuk org dewasa...

untuk lebih lanjut mengenai festifal layang-layang langsung aja ke.. http://www.kitefestpasirgudang.com/Default.php


Sejarah wau


Di Malaysia terdapat pelbagai jenis Wau Tradisi. Tiga jenis wau yang diangkat sebagai Wau Tradisional Kebangsaan adalah Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau JalaBudi.
84f7scd.jpg Wau Bulan image by pelayang 1c7cscd.jpg Wau Kucing image by pelayang ccd4scd.jpg Wau Jalabudi image by pelayang
Wau Bulan Wau Kucing Wau Jalabudi
Manakala wau-wau lain pula diterima sebagai Wau Tradisi Negeri-Negeri.
NEGERI
WAU RASMI
1.
Johor

e484scd.jpg Wau Merak image by pelayang

Wau Merak
2.
Kelantan

c32bscd.jpg Wau Puyuh image by pelayang

Wau Puyuh
3.
Melaka
81d9scd.jpg Wau Kikik image by pelayang
Wau Kikik
4.
Pahang
Wau Cenderawasih
5.
Perak
f72bscd.jpg Wau Seri Bulan image by pelayang
Wau Seri Bulan
6.
Perlis

4b4dscd.jpg Wau Helang image by pelayang

Wau Helang

7.
Pulau Pinang
Wau Kotak
8.
Selangor
9507scd.jpg Wau Kapal image by pelayang
Wau Kapal
9.
Terengganu
8eaascd.jpg Wau Dodo Helang image by pelayang
Wau Dodo Helang
10.
Negeri Sembilan
c025scd.jpg Wau Seri Negeri image by pelayang
Wau Seri Negeri
11.
Kedah
9905scd.jpg Wau Kangkang image by pelayang
Wau Kangkang
12.Sarawak

17b6scd.jpg kenyalang image by pelayang

Wau Kenyalang

Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Jenis-jenis Wau.


ma01
wau kangkang
馬に乗った人の形


ma03
wau helang
鷲の凧


ma04
wau seri bulan



ma05
wau kapal
船と海を表現
港で漁船の帰港を迎えた

ma06
wau puyuh
鷹の凧


ma07
wau merak
孔雀の凧



ma08
wau kikik
マラッカの伝統凧



ma09
wau barat
西の凧

ma10
wau kebayak

ma11
wau dodo helang
うなりの音を表現


ma12
wau kucing
ネコの凧
マレーシア航空のロゴの元になった

ma13
wau bulan
月の凧

ma14
wau jala budi
女性の体型を表現

ma15
wau seri negeri




sumber : sejarahwau

Artikel Terkait



2 comments:

malphy said...

wah,layang2 suka thu.mau....
kpn ada info lain lagi?
thx bt infonya yach

droid x said...

nice...

Post a Comment